Pokok Chengal Terbesar Di Negeri Johor Dalam Kawasan Pembalakan KPMNJ

Pokok-pokok yang bersaiz besar direkodkan di dunia dan menjadi tarikan pelancung, diantaranya ialah pokok Jomon Sugi di Yakushima, Jepun, dan Giant Sequoia di Yosemite National Park, California, USA.

Di Malaysia pula, pokok Chengal (Neobalanocarpus hemii) yang direkodkan sebagai pokok Chengal yang terbesar di dunia terletak di Kompatmen 5, Hutan Simpan pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu. Pokok ini dijumpai pada tahun 1999 berukuran 65 meter tinggi dan bergarispusat (diameter) 5.32 meter atau ukurlilit 16.75 meter (anggaran 13 pemeluk) dan dianggarkan berusia 1,300 tahun. Sebatang pokok ini menyamai dengan muatan 27 buah lori balak jika ianya ditebang. Harga kayu balak Chengal di pasaran sekarang lebihkurang RM3,600/tan, harga paling tinggi di kalangan jenis-jenis kayu balak yang diusahasilkan.

Di dalam kawasan pembalakan KPMNJ di kompatmen 68, Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi seluas 76 ekar yang akan diusahasilkan tidak lama lagi, terdapat sebatang pokok Chengal yang direkodkan sebagai yang terbesar setakat ini di dalam negeri Johor. Berukuran 221cm garispusat dan berketinggian lebihkurang 30 meter pokok ini akan dikekalkan sebagai pokok perlindungan/pokok warisan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Keujudan pokok ini mempunyai potensi sebagai satu lagi daya tarikan eco-pelancongan (eco-tourism).

Catatan:
Gambar pokok Chengal ini akan diterbitkan sebaik sahaja Lesen Pembalakan bagi kompatmen 68, Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi diperolehi dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor

No comments:

Post a Comment