Mesyuarat Lembaga Pengarah KUSB 1/2010
Mesyuarat Lembaga Pengarah KUSB akan diadakan pada hari Selasa, 23 Februari 2010 di Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ).
Kambing Boer F5 KPMNJ Untuk Dijual
Kepada yang berminat, sila layari blogspot http://www.goatmatters.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
Sebanyak 30 ekor kambing Boer F5 sedia untuk dijual dengan harga istimewa.
Hubungi Khalid 012-3538963 atau Daud 012-7376481
Salam hormat
Sebanyak 30 ekor kambing Boer F5 sedia untuk dijual dengan harga istimewa.
Hubungi Khalid 012-3538963 atau Daud 012-7376481
Salam hormat
Lawatan Pengerusi Kayu Utama Sdn. Bhd. ke Ladang Koperasi Melayu, Kahang Pada 27 Januari 2010
Pengerusi Kayu Utama Sdn. Bhd. (Tuan Haji Ahmad Daud) berbincang dengan Pengurus Ladang Koperasi Melayu, Encik Mohd Daud Sawiran, bersama Encik Zaidi Idrus, konduktor Ladang Koperasi Melayu.
Tuan Haji Ahmad Daud berkesempatan bertemu penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh.
Lawatan Pengerusi KUSB adalah melawat ternakan kambing Boer Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) dan cadangan tapak pengeluaran silaj KUSB.
Tual Balak Cengal Terbesar Di Matau KUSB
Taklimat Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan Untuk Kompt. 68 Hutan Simpan Panti (Lesen JS 01/D/4/09)

Taklimat Pada 4 Disember 2009
Para pekerja mendengar taklimat yang disampaikan
Kakitangan Pejabat Renjer Kota Tinggi
Renjer Kota Tinggi Memberi Taklimat.
Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan Memberi Taklimat (Gambar Kanan) Bersama Tuan Haji Md Yassin Othman Dan S. Khirul (Kepala Hutan)
Maklumat Lesen Pembalakan
Kaji Semula Premium Baru Pembalakan: Pengerusi KPMNJ

Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan
(Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor
@ Pengarah Kayu Utama sdn. Bhd.)
Petikan daripada Harian Metro bertarikh 26 Januari 2010, muka surat 2:
Johor Bahru: Kerajaan negeri dirayu mengkaji semula kadar bayaran premium pembalakan yang dikenakan bagi setiap kawasan pembalakan kuota bumiputera di negeri ini yang dianggap terlalu tinggi hingga membebankan pengilang papan bumiputera untuk meneruskan operasi mereka.
Sebilangan besar pengilang papan bumiputera di negeri ini mendakwa akan gulung tikar seandainya kadar premium baru yang dikenakan ketika ini tidak dikaji semula dan sekaligus menjejaskan industri perkayuan negara.
Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ), Prof. Datuk Mohamad Ali Hasan (gambar), berkata kadar bayaran baru premium dikenakan bagi 0.4 hektar kawasan pembalakan kepada pengilang kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 bermula tahun lalu berbanding RM4,000 tiga tahun sebelumnya.
Menurutnya kadar premium baru itu amat membebankan pengilang kayu bumiputera yang terpaksa memperuntukan sejumlah besar kewangan mereka bagi membayar premium baru itu.
Beliau berkata selain dibebankan dengan bayaran premium baru, pengilang papan bumiputera juga perlu membayar cukai perkayuan kepada kerajaan setiap tahun selain pelbagai bayaran lain.
"Kadar ini amat membebankan pengilang papan bumiputera yang terpaksa memperuntukan kewangan lebih besar untuk membayar premium baru yang ditetapkan oleh kerajaan".
"Oleh itu, kami merayu kerajaan negeri mengkaji semula," katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan Pengilang Papan Bumuiputera Negeri Johor, di sini, kelmarin.
Mohamad Ali yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tetuan Kayu Utama Sdn. Bhd., syarikat pembalakan yang juga anak syarikat milikan penuh KPMNJ, berkata sebilangan besar pengilang papan bumiputera negeri ini mencadangkan satu perjumpaan segera dengan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurutnya satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar bagi menyatakan permasalahan dihadapi sebilangan besar pengilang papan bumiputera selain cadangan dikemukakan bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.
"Harapan kami semua pengilang papan bumiputera di negeri ini mampu meneruskan operasi seperti sebelumnya," katanya.
(Gambar di atas yang dipaparkan berlainan dengan gambar yang tertera dalam berita Harian Metro di atas)
Kayu Balak Dari Matau ke Kilang KUSB (Lesen Pembalakan No. JS 01/D/4/09)
Gambar-gambar menunjukkan lokasi pembalakan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) di kompatmen 68, Hutan Simpan Panti dalam Daerah Kota Tinggi, seluas 76 ekar dilesenkan sebagai JS 01/D/4/09. Tempoh kuatkuasa lesen ialah 1/12/2009 sehingga 31/5/2010.
Ditunjukkan juga pelan kunci kawasan pembalakan dan pelan sempadan kawasan pembalakan.
Secara tradisionalnya, lori hantu (san tai wong) digunakan untuk mengangkut kayu-kayu balak dari matau sementara dalam kawasan pembalakan ke matau utama. Dari matau utama, kayu-kayu balak dimuatkan dalam lori-lori untuk di bawa kilang papan Kayu Utama Sdn. Bhd. (KUSB) yang terletak di batu 82 3/4, Jalan Chaah-Yong Peng.
Tanda nombor kayu balak (tag), tanda tukul JS 01/D/4/09 dan tanda hasil jelas kelihatan pada muka kayu balak berkaitan.
Catatan: SPC (species) MTTB ialah Meranti Tembaga.
Gambar-gambar sumbangan En. Md Khalid Adran (Eksekutif Perhutanan KUSB)

Merekodkan tual-tual kayu balak yang sudah dimuatkan ke dalam lori. Semua rekod pengeluaran kayu dari matau mesti direkodkan dalam buku rekod yang disediakan oleh

Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)