Kaji Semula Premium Baru Pembalakan: Pengerusi KPMNJ

KAJI SEMULA PREMIUM BARU PEMBALAKAN -
Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan
(Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor
@ Pengarah Kayu Utama sdn. Bhd.)


Petikan daripada Harian Metro bertarikh 26 Januari 2010, muka surat 2:
Johor Bahru: Kerajaan negeri dirayu mengkaji semula kadar bayaran premium pembalakan yang dikenakan bagi setiap kawasan pembalakan kuota bumiputera di negeri ini yang dianggap terlalu tinggi hingga membebankan pengilang papan bumiputera untuk meneruskan operasi mereka.
Sebilangan besar pengilang papan bumiputera di negeri ini mendakwa akan gulung tikar seandainya kadar premium baru yang dikenakan ketika ini tidak dikaji semula dan sekaligus menjejaskan industri perkayuan negara.
Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ), Prof. Datuk Mohamad Ali Hasan (gambar), berkata kadar bayaran baru premium dikenakan bagi 0.4 hektar kawasan pembalakan kepada pengilang kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 bermula tahun lalu berbanding RM4,000 tiga tahun sebelumnya.
Menurutnya kadar premium baru itu amat membebankan pengilang kayu bumiputera yang terpaksa memperuntukan sejumlah besar kewangan mereka bagi membayar premium baru itu.
Beliau berkata selain dibebankan dengan bayaran premium baru, pengilang papan bumiputera juga perlu membayar cukai perkayuan kepada kerajaan setiap tahun selain pelbagai bayaran lain.
"Kadar ini amat membebankan pengilang papan bumiputera yang terpaksa memperuntukan kewangan lebih besar untuk membayar premium baru yang ditetapkan oleh kerajaan".
"Oleh itu, kami merayu kerajaan negeri mengkaji semula," katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan Pengilang Papan Bumuiputera Negeri Johor, di sini, kelmarin.
Mohamad Ali yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tetuan Kayu Utama Sdn. Bhd., syarikat pembalakan yang juga anak syarikat milikan penuh KPMNJ, berkata sebilangan besar pengilang papan bumiputera negeri ini mencadangkan satu perjumpaan segera dengan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurutnya satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar bagi menyatakan permasalahan dihadapi sebilangan besar pengilang papan bumiputera selain cadangan dikemukakan bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.
"Harapan kami semua pengilang papan bumiputera di negeri ini mampu meneruskan operasi seperti sebelumnya," katanya.
(Gambar di atas yang dipaparkan berlainan dengan gambar yang tertera dalam berita Harian Metro di atas)

Kayu Balak Dari Matau ke Kilang KUSB (Lesen Pembalakan No. JS 01/D/4/09)

Gambar-gambar menunjukkan lokasi pembalakan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) di kompatmen 68, Hutan Simpan Panti dalam Daerah Kota Tinggi, seluas 76 ekar dilesenkan sebagai JS 01/D/4/09. Tempoh kuatkuasa lesen ialah 1/12/2009 sehingga 31/5/2010.
Ditunjukkan juga pelan kunci kawasan pembalakan dan pelan sempadan kawasan pembalakan.
Secara tradisionalnya, lori hantu (san tai wong) digunakan untuk mengangkut kayu-kayu balak dari matau sementara dalam kawasan pembalakan ke matau utama. Dari matau utama, kayu-kayu balak dimuatkan dalam lori-lori untuk di bawa kilang papan Kayu Utama Sdn. Bhd. (KUSB) yang terletak di batu 82 3/4, Jalan Chaah-Yong Peng.
Tanda nombor kayu balak (tag), tanda tukul JS 01/D/4/09 dan tanda hasil jelas kelihatan pada muka kayu balak berkaitan.
Catatan: SPC (species) MTTB ialah Meranti Tembaga.

Gambar-gambar sumbangan En. Md Khalid Adran (Eksekutif Perhutanan KUSB)































































Merekodkan tual-tual kayu balak yang sudah dimuatkan ke dalam lori. Semua rekod pengeluaran kayu dari matau mesti direkodkan dalam buku rekod yang disediakan oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Johor.











Tanda Hasil JOHOR











Satu tual (log) jenis Cengal 11 tan sampai di matau kilang papan KUSB pada 18/1/2010. Panjang tual balak ini ialah 18 kaki.









Tual-tual kayu balak yang sampai ke matau
kilang papan KUSB kebanyakannya jenis
Meranti Merah.













Satu tual kayu Cengal berukuran 16 kaki
panjang dan 27 inci ukuran lilit di bahagian tengah.















Tanda Tukul Harta "JS 01/D/4/09"












Susunan tual-tual balak jenis Cengal di matau
kilang papan KUSB. Yang berlubang menunjukkan umur kayunya sangat tua.










Kambing Boer KPMNJ Untuk Dijual - Harga Istimewa

Gambar Sebahagian Kambing Boer

Kambing Boer Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) Untuk Dijual
Sebanyak 9 ekor kambing jantan dan 6 ekor kambing betina, masing-masing berumur antara 1 tahun 4 bulan sehingga 1 tahun 5 bulan dengan berat sekurang-kurangnya 30kg hendak dijual. Harga jualan istimewa. Maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi:
1. Encik M Daud Sawiran 012-7376481
2. Encik Md Khalid Adran 012-3538963
Gambar-gambar kambing dan yang berkaitan akan disiarkan dalam blogspot ini sedikit masa lagi.







Majlis Ramah Mesra Pekilang-Pekilang Papan Bumiputera Pada 6 Januari 2010

Pengerusi Majlis, Tuan Hj Ahmad Daud Memberi Ucapan
Alu-Aluan

Pengerusi KPMNJ, Y. Bhg. Prof. Madya
Datuk Hj Mohamad Ali Hasan Memberi Ucapan

Pengerusi Majlis, Tuan Haji Ahmad Daud
Memberi Respon Cadangan Pekilang Papan.
Di sebelah kanan beliau ialah Pengurus Besar KPMNJ,
Tuan Haji Ariff Kassim Dan Di Sebelah Kiri
Beliau Ialah Pengerusi KPMNJ.

Wakil SPPM Mengulas Isu Yang Ditimbulkan

Wakil Kilang Papan Mas Sdn. Bhd. Memberi
Pandangan & Ulasan Isu

Wakil P.S. Tebrau Jaya Sdn. Bhd. dan SPPM


Satu Majlis ramah-mesra kali pekilang-pekilang papan bumiputera telah diadakan di Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) pada 6 Januari 2010. Seramai 7 wakil pekilang papan Bumiputera hadir bersama-sama dengan jemputan yang lain khususnya para kontraktor pengusahasilan hutan masing-masing.
Kehadiran pekilang papan tersebut seperti berikut:
1. Kayu Utama Sdn. Bhd.
2. P.S. Tebrau Jaya Sdn. Bhd.
3. Kilang Papan Luhur Sinar Sdn. Bhd.
4. Kilang Papan Purnama Sdn. Bhd.
5. Kilang Papan Mas Sdn. Bhd.
6. Labis Industries Sdn. Bhd.
7. SPPM
Tidak dapat hadir dalam majlis ini ialah Hamid Sawmill Sdn. Bhd.
Majlis yang dianjurkan KPMNJ bertujuan untuk pekilang-pekilang papan Bumiputera berkenal-kenalan satu sama lain dan berbincang mengenai halatuju dan permasalahan yang dihadapi samada dalam kilang papan masing-masing dan pengusahasilan hutan kuota pembalakan yang dianugerahkan Kerajaan Negeri Johor.
Rumusan dari perjumpaan ini, Badan Bertindak Pekilang-Pekilang Papan Bumiputera Negeri Johor akan menghantar satu Memorandum kepada Y.A.B Menteri Besar Johor mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kilang papan Bumiputera dan pengusahasilan hutan, khususnya kenaikan premium hutan yang tinggi sekarang.















Korban Seekor Lembu Pada 28 November 2009 Sempena Hari Raya Aidil Adha 2009

Gambar Lembu Korban

Pak Imam Membacakan Nama-Nama YangBerkongsi Korban Lembu

Menyembelih Lembu Korban Oleh Pak Imam
Dibantu En. Abdul Rahim Dan Disaksikan Oleh
Tuan Haji Ariff (Pengarah Urusan KUSB)

Pengarah Urusan sedang berbincang
dengan Datuk Pengerusi KPMNJ

Pengarah Urusan KUSB (Tuan Hj Ariff Kassim)
bersama-sama 2 Pengarah KUSB (Tuan Hj Mokhtar
& Tuan Haji Masduki)

Melapah lembu

Memotong daging lembu

Bergambar Ramai: Mulai Tiga Dari Kiri (Berdiri) Ke Kanan
Tuan Haji Ariff Kassim, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan,
Tuan Haji Mokhtar A. Aziz, En. Lim Kim Kee, Tuan Haji Masduki Jarkasi &
Tuan Haji Md Yassin Othman


Buat kali pertamanya dalam sejarah Kayu Utama Sdn. Bhd., pada 28 November 2009 bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha, seekor lembu telah dikorbankan. Pada hari yang bersejarah ini, Y. Bhg. Datuk Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) yang juga salah seorang Lembaga Pengarah Kayu Utama Sdn. Bhd. (KUSB) telah hadir bersama-sama dengan 2 orang Lembaga Pengarah KUSB yang lain iaitu Tuan Haji Masduki Jarkasi dan Tuan Haji Mohktar A. Aziz. Turut hadir ialah Pengarah Urusan KUSB, Tuan Haji Ariff kassim dan Eksekutif Hutan KUSB, Encik Md Khalid Adran.
Syukur alhamdulillah, 60 bungkusan daging telah dapat dibahagi-bahagikan kepada pekerja-pekerja KUSB. Jamuan ringan juga telah disediakan kepada mereka.