Gambar Pokok Chengal Terbesar Di Negeri Johor

Ukuran 221cm perepang paras dada (diameter at breast height)

Pokok Chengal terbesar dalam negeri Johor terletak dalam kawasan
pembalakan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad
(KPMNJ) di Kompatmenn 68, Hutan Simpan Panti,
Kota Tinggi Johor.

(Gambar di hadapan Pokok Chengal: Encik Hamka M Yassin,
Penolong Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan)



Pokok Chengal Tertua & Terbesar di Dunia Terletak Di Negeri Terengganu



Antara produk dari kayu Chengal


Kayu Bergergaji Chengal

Pokok Cengal tertua dan terbesar di Malaysia
& Di dunia, terletak di negeri Terengganu












Pokok Chengal Terbesar Di Negeri Johor Dalam Kawasan Pembalakan KPMNJ

Pokok-pokok yang bersaiz besar direkodkan di dunia dan menjadi tarikan pelancung, diantaranya ialah pokok Jomon Sugi di Yakushima, Jepun, dan Giant Sequoia di Yosemite National Park, California, USA.

Di Malaysia pula, pokok Chengal (Neobalanocarpus hemii) yang direkodkan sebagai pokok Chengal yang terbesar di dunia terletak di Kompatmen 5, Hutan Simpan pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu. Pokok ini dijumpai pada tahun 1999 berukuran 65 meter tinggi dan bergarispusat (diameter) 5.32 meter atau ukurlilit 16.75 meter (anggaran 13 pemeluk) dan dianggarkan berusia 1,300 tahun. Sebatang pokok ini menyamai dengan muatan 27 buah lori balak jika ianya ditebang. Harga kayu balak Chengal di pasaran sekarang lebihkurang RM3,600/tan, harga paling tinggi di kalangan jenis-jenis kayu balak yang diusahasilkan.

Di dalam kawasan pembalakan KPMNJ di kompatmen 68, Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi seluas 76 ekar yang akan diusahasilkan tidak lama lagi, terdapat sebatang pokok Chengal yang direkodkan sebagai yang terbesar setakat ini di dalam negeri Johor. Berukuran 221cm garispusat dan berketinggian lebihkurang 30 meter pokok ini akan dikekalkan sebagai pokok perlindungan/pokok warisan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Keujudan pokok ini mempunyai potensi sebagai satu lagi daya tarikan eco-pelancongan (eco-tourism).

Catatan:
Gambar pokok Chengal ini akan diterbitkan sebaik sahaja Lesen Pembalakan bagi kompatmen 68, Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi diperolehi dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan 1430H Di KUSB

Pengerusi KUSB, Tuan Hj Ahmad Daud menyampaikan
ucapan kata-kata aluan. Sumbangan KUSB berupa beras,
susu pekat dan tepung gandum kepada 45 orang pekerja
kilang papan dan 3 orang pengawal keselamatan dari
Sasa Securities.

Penyampaian sumbangan oleh Pengurus Kewangan KPMNJ,
Puan Kenangan Tarmin

Salah seorang pekerja kilang papan KUSB tersenyum
lebar selepas menerima sumbangan KUSB


Pengarah KUSB, Tuan Hj Masduki Jarkasi
menyampaikan sumbangan kepada pekerja kilang papan KUSB




Gambar Pelbagai Pada 17 Ogos 2009 Di Ladang Koperasi Melayu, Kahang

Penyampaian Watikah Perlantikan Penghulu Bagi
Pekerja Indonesia Di LKM Oleh Pengerusi KPMNJ

Penyampaian Watikah Perlantikan Penghulu
Surau An-Nur, LKM Oleh Pengerusi KPMNJ

Penyampaian sumbangan beras kepada Pekerja Indonesia
Di LKM Oleh Pengerusi KPMNJ


Bergambar Ramai Pekerja LKM Bersama
Sebahagian Kakitangan Pengurusan
& Ahli Lembaga KPMNJ/KUSB

Ketiga Dari Kiri:
Tuan Hj Mohtar A. Aziz, Tuan Hj Ariff Kassim,
Tuan Hj Ahmad Daud, Y. Bhg. Prof. Madya Datuk Hj Mohamad Ali Hassan
Dari Kanan:
Puan Kenangan Tarmin, Puan Rohayati M. Salleh, (pekerja), Tuan Hj
Masduki Jarkasi
Hadapan:
Encik M. Daud sawiran, (pekerja), Encik Md. Khalid Adran

Menikmati Jamuan Ringan

Hidangan Istimewa - Satay Kambing Kacukan
Boer & Jamnapari, sumbangan Encik M. Daud Sawiran






Gambar-Gambar Menanam Pokok Buah-Buahan Di Ladang Koperasi Melayu (LKM) Kahang Sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah KUSB Pada 17 Ogos 2009

Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Mohamad Ali bin Hassan
Ahli Lembaga Pengarah KUSB @ Pengerusi KPMNJ menanam pokok
Nangka

Tuan Haji Ahmad bin Daud
(Pengerusi KUSB) Menanam Pokok Rambutan

Tuan Haji Masduki bin Jarkasi
(Ahli Lembaga Pengarah KUSB) Menanam Pokok Rambutan

Tuan Haji Mokhtar bin A. Aziz
(Ahli Lembaga Pengarah KUSB)
Menanam Pokok Mempelam





















Penyampaian Sumbangan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 1430 Hijrah

Satu majlis penyampaian sumbangan sempena menyambut bulan Ramadhan 1430 Hijrah telah diadakan pada jam 10 pagi 21 Ogos 2009 di kilang papan KUSB. Sumbangan berupa beras, susu pekat dan tepung gandum telah disampaikan oleh Pengerusi KUSB, Tuan Haji Ahmad Daud dan Pengurus Kewangan KPMNJ, Puan Kenangan Tarmin kepada 45 pekerja kilang papan dan 3 kakitangan syarikat kawalan keselamatan, Sasa Securities.

Laman Web KUSB Diujudkan

Pembinaan blogspot http://www.kayutama.blogspot.com adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Kayu Utama Sdn. Bhd. (KUSB) pada 17 Ogos 2009 untuk dimuatkan maklumat aktiviti dan berita-berita semasa KUSB.